Kita Pengguna, pembeli dan penjual (we are the user, consumer and seller)
An interesting speech by Dr.M reminding Malaysian about the their roles and status as citizen at the World Consumer Day & launching for the Harmonious Family competition on the 4 June 1996. Most of Dr. M speech can be obtained in the online achieve (most of it is in Malay language). The speech is related to the government efforts to create an awareness among people in understanding the roles they play as consumer in their everyday life. Dr. M reminded the people that their everyday life can affect the country’s economical status, thus, they need to understand how they conduct and managed their everyday life. In his speech he discussed about roles as individual, a seller, and a buyer. He also includes in his discussion about the services that is provided by the government staff, that every services offered have to be acknowledge that it is part of the circle between user, consumer and seller.
Sydney CBD Crossroad-Image NurulRahman2010
For example a person who is a government clerk is also a user (which means he or she still have use the other services provided in everyday life, she or he still will be using the hospital facilities, paying electric and other household bills, etc). The same person is also a consumer, he or she will have to buy products for everyday life, going to the market, buy the household products, and other necessary needs for day to day life. In many ways, the person, is also selling or promoting a service, where he or she as a government staff is providing some sort of services to the others. If the process of productivity work accordingly the level of the inflation will be stable, and everyday life circle will be secured.
There are other point highlighted in his original speech but these are among the significant one.
6. Hakikat asas ini perlu kita ingati sepanjang masa. Terlalu ramai daripada kita hanya memikir diri kita sebagai pengguna dengan tidak sedikit pun sedar bahawa kita semua adalah pembekal. 7. Mungkin kita percaya kita tidak mengeluarkan apa-apa untuk dijual kepada sesiapa. Mungkin secara langsung tidak. Tetapi secara tidak langsung, dengan kesan yang tidak sedikit, kita `menjual' khidmat atau barangan sekurang-kurangnya kepada majikan yang membayar upah kepada kita. 8. Kerani dalam pejabat Kerajaan menjual khidmatnya kepada Kerajaan dan khidmat Kerajaan kepada orang ramai. Jika ia tidak cergas dan cekap dalam memproses atau menaip surat, kelewatan itu mempunyai kesan kepada bekalan khidmat kepada pengguna. Budak pejabat yang melambatkan penghantaran surat pun boleh merugikan pelanggan khidmat Kerajaan. Jika kerana ini Kerajaan menjadi tidak efisien maka kos segala-galanya akan meningkat. 9. Dalam syarikat pembekal khidmat atau barangan, tiap seorang kakitangan menyumbang kepada kejayaan membekal apa sahaja kepada pengguna. Daripada kerani dan pemandu kereta hingga ke eksekutif tertinggi, semuanya bertanggungjawab dalam membekal keluaran syarikat. Kelewatan atau mutu yang rendah barangan yang dihasilkan bermakna kos meningkat dan pengguna tidak mendapat haknya. Kemajuan ekonomi negara juga akan terjejas. 10. Jika kita dapat ingat sepanjang masa bahawa kita semua adalah pembekal dan bertanggungjawab kepada diri kita sendiri sebagai pengguna, maka hak kita sebagai pengguna akan terpelihara sepanjang masa. Jika hari ini pengguna berasa hak mereka tidak diberi pertimbangan yang sewajarnya, sebabnya ialah kerana kita hanya melihat diri kita sebagai pengguna dan lupa akan tanggungjawab kita sebagai pembekal. 11. Pengguna dan gerakan pengguna memanglah baik untuk memelihara kualiti khidmat dan barangan yang dipasarkan. Tanpa gerakan pengguna khidmat dan barangan akan jatuh mutunya dan harga akan meningkat. Dengan itu bermacam-macam masalah akan dihadapi oleh masyarakat dan negara. 12. Barangan yang bermutu rendah atau/dan harganya yang tinggi tidak akan berdayasaing dalam pasaran, baik di dalam mahupun di luar negeri. Untuk pasaran dalam negeri Kerajaan akan diminta melindungi barangan tempatan. Perlindungan oleh Kerajaan sebenarnya bermakna memaksa pengguna tempatan membayar harga yang lebih atau menerima kualiti yang rendah. Dengan perkataan lain bukan Kerajaan yang melindung pembekal tetapi pengguna yang melindung pembekal dan memikul beban. Ini sudah tentu tidak adil kepada pengguna. 13. Sebaliknya barangan yang kos pengeluarannya mahal atau kualitinya rendah tidak dapat dieksport. Dengan itu jumlah keluaran tidak tinggi dan tidak dapat menolong mengurangkan kos pengeluaran. Sekali lagi pengguna tempatan terpaksa menanggung beban.